Sunday, March 29, 2009

'Round Penang IsLand' part 2











Setelah balik dari penamaan calon di Bukit Selambau pada pagi 29 mac 2009, Pergerakan Pemuda Umno Caw Sg Nibong bersama-sama Gerakan Belia Sg Nibong Besar mengadakan aktiviti 'Round Penang Island' pada sebelah petang hari tersebut, Konvoi disertai oleh ahli-ahli cawangan tersebut seramai 35 buah motosikal. Konvoi berkumpul diperkarangan Caltex Sg Nibong Besar pada jam 5.00petang. Konvoi bermula melalui jalan Sultan Azlan Shah menghala Bayan Lepas-Teluk Kumbar-Balik Pulau-Teluk Bahang-Batu Feringgi-Tg tokong-Tanjong.Selepas konvoi kami bersama-sama ahli menjamu selera di Restoran Tom Yam Highway Pantai Jerjak. Terima kasih kepada jawatan kuasa cawangan yang menjayakan program tersebut walaupun penat ke majlis penamaan calon masih terasa pada ketika itu AJK program(haidir,omar,saparin, pak tam, emi, haslam,)

Penamaan Calon N25 Bukit Selambau











Pada 29 mac 2009 Rombongan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Bayan baru yang diketuai Sdr Norman b Zahalan telah bersama-sama dengan pemimpin-peminpin Barisan Nasional telah menyertai perhimpunan di hari penamaan calon DUN Bukit Selambau bertempat diSekolah Teknik Sg Petani. Rombongan berhimpun di perkarangan Hotel Seri Malaysia Bayan Baru pada jam 6.45pagi dan bertolak ke Tempat penamaan calon pada jam 7.00pagi. Rombongan tiba ada jam 8.30pagi bagi menyokong calon Barisan Nasional N25 bukit selambau, Kedah Darul Aman. Di Bukit Selambau, calon BN Datuk S Ganesan (MIC) dan PKR S Manikumar dihimpit 13 calon bebas yang telah menyerahkan borang pencalonan.Calon-calon bebas: L Sarala, T Chandrarajan, R Loganathan, A Jayagopal, S Moganakumar, Vaneson Michael, Tan Hock Huat, Mohd Fazil Abdul Wahab, Anuar Abdul Hamid, Husaini Yaacob, Abdul Rahim Abu, Radzi Md Lazim dan Khamis Awang.Kerusi DUN ini kosong susulan peletakan jawatan wakil rakyat PKR V Arumugam, yang juga exco kerajaan Kedah. Arumugam asalnya menang atas tiket bebas tetapi kemudian memilih parti itu sebelum dilantik menyertai majlis mesyuarat kerajaan negeri.Tempoh penyerahan borang selama sejam tamat jam 10 pagi dan tempoh bantahan tamat sejam kemudian.Tiada bantahan dibuat di pusat penamaan calon Bukit Selambau di Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani - menjadikan 15 calon semuanya cuba memenangi hati lebih 35,000 pengundi DUN tersebut.Terima Kasih kepada semua pemuda-pemuda cawangan yang telah menghantar wakil-wakil ke majlis tersebut..

Saturday, March 28, 2009

Amanah Dijunjung Tanggungjawab Dikendung ..




Salam setiakawan kepada semua pergerakan pemuda umno diseluruh negara, Tahniah juga kepada 'boss' baru kita saudara KJ kerana menang dipersaingan sengit perebutan Ketua Pemuda Umno Malaysia. amanah yang diberi ini di atas panji-panji setiakawan bagi memperkasa dan mengakar umbikan Pemuda UMNO, memperkukuh ikatan dan kekuatan Pemuda dalam Barisan Nasional, menjaga kebajikan dan membela kepentingan seluruh generasi muda negara dalam menangani cabaran dan tuntutan masa kini dan masa hadapan. Proses pemilihan dan kemenangan ini juga menzahirkan amalan demokrasi yang sihat di dalam institusi dan parti UMNO serta kematangan setiap perwakilan Pemuda UMNO yang menyokong kepimpinan saudara KJ dan menyeru kepada semua ahli Pemuda UMNO untuk bersatu hati dan bersama dengan saudara KJ bagi merapat dan menyatukan barisan serta bekerja lebih rajin dan keras membawa perjuangan parti - untuk agama, bangsa dan negara. Saya juga berdukacita diatas kekalahan "boss" saya, saudara Norman Zahalan kerana tidak mendapat tempat dibarisan Exco pemuda Umno Malaysia, tapi saya berbangga dengan beliau kerana berana menyahut cabaran untuk bertanding..

Monday, March 9, 2009

MAJLIS MEMPERKENALKAN CALON EXCO PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA





































MAJLIS MEMPERKENALKAN CALON EXCO PEMUDA UMNO MALAYSIA PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG.







Pada 7 Mac 2009 bertempat Di BALLROOM, Hotel Vista Bayan Baru, Pulau Pinang. telah berlansung Majlis Memperkenalkan Calon Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia peringkat Negeri Pulau Pinang. Majlis tersebut telah berjalan dengan jayanya dan dihadiri oleh perwakilan-perwakilan pemuda dari bahagian di pulau pinang. apa yang menariknya di Majlis tersebut, 6 calon Exco pemuda dan 1 calon naib ketua pemuda dari Pulau Mutiara telah dicalonkan pada pertandingan yang akan berlansung pada 24mac ini. bermula dengan pencalonan Datuk Reezal Merican(kepala batas) sebagai naib ketua pemuda sehinggalah calon exco, tuan rumah (Bayan Baru) iaitu Sdr Norman bin Zahalan. Majlis tersebut adalah amat saya puji kerana sebagai ahli diperingkat akar umbi saya dapat melihat siapakah personaliti yang akan menerajui kepimpinan pemuda umno.

Saturday, March 7, 2009

CALON EXCO PEMUDA UMNO MALAYSIA


SAUDARA NORMAN BIN ZAHALAN
KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN BAYAN BARU,
PULAU PINANG.
Assalamualaikum dan salam sejahtera, sebagai pemimpin diperingkat cawangan, saya dan ahli-ahli menyokong penuh kepimpinan Saudara Norman Bin Zahalan menerajui bahtera Pemuda Umno Bahagian Bayan Baru. Dengan bakat dan kebolehan beliau didalam memimpin Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Bayan Baru, saudara Norman Bin Zahalan berhak dicalonkan sebagai exco pemuda umno diperingkat kebangsaan. bermula dengan pengalaman politik di Pergerakan Pemuda Bahagian Balik Pulau beberapa penggal sebelum persempadanan semulan kawasan parlimen. Saudara Norman berpindah dari Bahagian Balik Pulau ke Bahagian Bayan Baru kerana cawangan beliau termasuk di dalam kawasan Parlimen Bayan Baru. Setelah dua penggal menjadi Ketua Pemuda Bahagian, saudara Norman menjadi salah seorang pemimpin yang memegang jawatan didalam biro Putera Umno Malaysia. Saya mengenali saudara Norman pada tahun 2006. Pada ketika itu saya baru pulang dari rantauan untuk menimba ilmu. Bermula diperingkat cawangan pada ketika itu perkebetulan ketua cawangan saya juga adalah seorang ahli jawatankuasa diperingkat pemuda bahagian. Dari situlah perkenalan saya dengan saudara Norman. Setiap minggu beliau akan berada Dikawasan Bayan Baru bagi memastikan pemuda-pemuda diperingkat akar umbi di Bayan Baru menyampaikan sesuatu mesej terus kepada Beliau, Saya sendiri tidak percaya dengan cara kepimpinan Saudara Norman yang menitik beratkan suara dari akar umbi. pada ketika itu saya hanyalah seorang Budak yang baru balajar erti politik di kawasan sendiri. Sikapnya yang suka berkawan dengan semua lapisan masyarakat memang harus dipuji. tidak kira bangsa, keturunan dan agama. beliau suka berkawan dan sesuai dengan 'tema' idola politik saya iaitu saudara KJ "setia kawan". pada PRU ke 12 satu lagi tahap pencapaian politik saudara Norman telah dipilih sebagai calon DUN Batu Maung. Oleh kerana tsunami politik melanda.. saudara Norman tewas ditangan Calon PKR. Namun Semangat Saudara Norman tidak padam beliau bangkit semula dan menang dalam pertandingan Pemilihan Ketua Pemuda Bahagian Bayan Baru untuk penggal kedua, ungkapan orang 'tanjung'.. "Hero kalah dulu".. bermain difikiran saya.. memang benar selepas menang diperingkat bahagian Beliau Dicalonkan pula untuk Exco Pemuda Umno diperingkat pusat. tahniah diucapkan...sama-sama kita dibahagian Bayan Baru, rakan-rakan di bahagian-bahagian seluruh negara menyokong pemimpin sebegini.. yang mempunyai nilai-nilai dan ciri-ciri pemimpin berkaliber yang patut diketengah kat diperingkat pusat...salam dari Caw Sg Nibong Besar, Bahagian Bayan Baru..