Monday, December 7, 2009

Majlis Gotong Royong Korban Qariah Bukit Kechil, Sungai Nibong Besar,



Majlis Gotong Royong Korban Peringkat Qariah Bukit Kecil, Sungai Nibong Besar diadakan pada hari Jumaat, 27 Nov 2009 bersamaan hari pertama Aidiladha, Sebanyak 9 ekor Lembu dan 5 ekor kambing dikorbankan, Majlis dihadiri penduduk kawasan sekitar. Majlis bermula dengan mengorbankan 3 ekor lembu disebelah pagi dan selebihnya disebelah petang.. selepas solat jumaat. Pada sebelah petang selepas selesai gotong-rotong, Kami mengagih-agihkan daging kepada fakir miskin dan penduduk-penduduk sekitar, dan bersama-sama membuat persiapan jamuan Aidliadha pada sebelah malam di Perkarangan rumah Pengerusi Belia 4B Caw. SG nibong Besar,Jamuan Sup tulang, BBQ kambing,Ayam dan Lembu..

Saturday, October 31, 2009

ke MotoGP 2009, Sepang, malaysia





24/25 okt 2009, selepas Perlumbaan Motocross di Kepala Batas, kami Menganjurkan Rombongan Ke Kejohanan Motosikal Dunia MotoGP di sepang. Kuala Lumpur, kami bertolak pada hari sabtu 24 okt pada jam 8 pagi. Mula berkumpul diperkarangan Kedai Haris Motor, Rombongan ini disertai 1 Van dan 2 buah kereta, setibanya di Kuala Lumpur kami menginap di hotel Plaza, Jalan Raja Laut. Pelbagai aktiviti dijalakan pada hari sabtu tersebut.. antaranya berjalan2 sekitar bandaraya Kuala Lumpur. pengalam yang paling menarik adalah kami dapt bersama-sama meraikan kejayaan Valentino Rossi dari Pasukan Fiat Yamaha merangkul kejayaan kejuaraan dunia buat kali ke9

Pemuda Sg Nibong Besar di Kejohanan Motocross Terbuka Kepala Batas, Penang





























Pada 17/18 okt 2009 Pasukan Pemuda Sg Nibong telah menyertai Kejohanan Motocross terbuka Kepala Batas di Litar Bertam Perdana, Bertam Kepala Batas. Pasukan ini menyertai 2 ketegori iaitu Novice 125 dan classic open. Kategori novice disertai oleh Ketua Pemuda Caw iaitu Sdr Haris Ahmad telah mendapat tempat ketiga keseluruhan kategori novice 125 pada kejohanan tersebut. kejohanan tersebut disertai oleh ramai pelumba yang datang dari utara tanahair iaitu perlis, kedah dan Pulau Pinang.terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur kerana berjaya menganjurkan Kejohanan seperti ini. Ketua Pemuda Caw sg Nibong Besar, Sdr Haris Ahmad mahu aktiviti2 seperti ini dapat diperbanyakkan bagi menghindari gejala mat rempit dikalangan Pemuda dan Belia pada masa kini.

Thursday, October 8, 2009

Salam Aidilfitri dari kami warga Pemuda Sg Nibong Besar, Bayan Baru.. Selepas seminggu merayakan hari pertama syawal.. Kami telah mengadakan 2 majlis jamuan ringan dan majlis berkumpul bagi pemuda-pemuda yang jauh diperantauan balik ke kampung halaman.. Majlis pada mulanya diadakan di Surau bukit kecil iaitu takbir raya dan selepas selesai.. kami mengadakan BBQ di rumah sdr Shah di puncak Bukit kecil. Pada pagi 1syawal.. selesai solat subuh kami mengadakan 1 majlis tahlil bersama2 keluarga dan waris Tok Hj Abu di tanah perkuburan Masjid jamek Sg Nibong. Pada hari raya ke6 kami mengadakan jamuan di Perkarangan Kedai pak jalil... ramai kenalan dikawasan Bayan Baru turut memeriahkan majlis..sekian... maaf lambat post sebab busy teramat sangat,,..maaf zahir je..batin blum lg.. sebab bujang lg..hehehehe

Tuesday, September 22, 2009

SeLamAt HarI rAya AidILfitRi, MaAf ZahiR BatiN





































Salam,... Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf Zahir Batin diucapkan kepada semua rakan seperjuangan jika ada salah dan silap sepanjang perkenalan kita dalam memperjuangkan bangsa dan negara. Kami dari Pemuda/Belia Sg Nibong Besar menyokong penuh kepimpinan Ketua Pemuda Umno Bahagian Bayan Baru yang banyak membantu golongan2 yang kurang bernasib baik pada ramadhan lalu. Dengan konsep 'pemuda prihatin', 'Setia Kawan', 'perpaduan' dan 'Pemuda Perkasa' dapatlah kita sama2 didalam Pemuda bersatu hati untuk menyatu padukan Bangsa kita 'Melayu' yang kita lihat pada masa kini 'diganggu' perpaduanya dari anasir2 yang tidak bertanggung jawab untuk kita berpecah belah dinegara sendiri. Dengan Aidilfitri kali ini.. bersama2 lah kita bermaaf2an sesama kita bagi memperkukuhkan bangsa kita dinegeri Pulau Pinang amnya,... dan dijemput ke Majlis Rumah Terbuka Pemuda Sg Nibong Besar pd 26 sep jam 8 malam,, bertempat di Perkarangan Kedai Haris Motor

Thursday, September 10, 2009

Majlis Nur Ramadhan, Pemuda Prihatin, Bahagian Bayan Baru
















Salam.. satu Majlis Anjuran Pemuda Umno Bahagian Bayan Baru pada hari mulia ini telah diadakan di Restoran Sri Idaman teluk tempoyak.. Majlis tersebut dihadiri jawatankuasa pemuda dah ahli2 dari cawangan Teluk Tempoyak.. Ketua Pemuda Bahagian Bayan Baru, yang juga Ketua Pemuda Pulau Pinang menyumbangkan sumbangan kepada warga emas dicawangan tersebut.. terima kasih juga diucapkan kepada Pihak pengurusan restoran Sri Idaman Teluk Tempoyak.

Friday, August 14, 2009

Kembara Merdeka 2009 ke Cemeron Highland, Pahang Darul Makmur





































8/9 Ogos 2009.. Program pembukaan aktiviti Menyambut Ulang tahun Kemerdekaan Negara yang ke-52. Pemuda/ Belia Cawangan Sg Nibong Besar, Bahagian Bayan Baru telah mengadakan Konvoi Motosikal ke Cameron Highlands, Pahang Darul Makmur. Konvoi bermula diperkarangan Kedai Motor Ketua Pemuda Caw iaitu Saudara Haris Ahmad. konvoi dilepaskan oleh Ketua Pemuda Umno Bahagian Bayan Baru Sdr Norman Zahalan pd tepat jam 9.30pg. Sebelum itu Majlis Penyerahan bendera Malaysia sebagai simbolik Program tersebut. Pihak penganjur memberi cenderamata sebagai penghargaan kepda Sdr Norman. Kami tiba ni Bandar Ipoh pada jam 1tghari dan rehat sambil menikmati gulai tempoyak. dan meneruskan perjalanan pada jam 1.45ptg. kami tiba di Pekan Brinchang pada jam 2.45ptg. dan beristirehat di Desa Atirium Apartment. Pada petang jam 5.30ptg kami bersiar-siar sambil menikmati teh segar diLadang Bharat Teh, Tanah Rata. Dan pd Jam 6.30 ptg kami membeli-belah di Pasar Malam Brinchang. dan aktiviti malam kami lepak dan sembang2 bertukar2 pendapat dan isu2 semasa. Pada 9hb Kami bertolak pulang ke Pulau Pinang pada jam 11.00pg.. Sebelum meninggalkan Tanah tinggi Cameron Kami singgah dulu Diladang Teh berdekatan Kg Raja dan membeli cenderahati.. kami singgah di Bandar Ipoh sebelum menyambung perjalanan pulang. Kami tiba di Pulau Pinang pd jam 6.00ptg dan satu acara penutupan yang ringkas iaitu Cabutan Hadiah Bertuah.. sekian.. tunggu aktiviti seterusnya... dibulan Ramadhan..

Monday, July 20, 2009

kembAra Merdeka 2009

Salam perjuangan pemuda. Setelah dibincang mengenai program untuk Menyambut kemerdekaan negara. Kami Pemuda / belia Sg Nibong Besar telah mempersetujui Konvoi ke Cameron Highlands Pahang darul Makmur. Program tersebut akan diadakan pada 8 Ogos 2009. Untuk keterangan Lanjut sila hubungi Jawatankuasa Pemuda/Belia Sg Nibong Besar

Sunday, May 24, 2009

Mesyuarat Caw yg Ke-2


24mei 2009Selepas Majlis Akad Nikah Mohd Khir selesai.. kami pemuda-pemuda bergegas ke Pejabat Umno Bahagian Di Kompleks Sri Nibong bagi menghadiri Mesyuarat Umno Caw Sg Nibong Besar. Mesyuarat dimulakan dengan Mesyuarat Wanita dan Pemuda. Selepas selesai 2 mesyuarat sayap umno itu Kami mengadakan mesyuarat Cawangan yang dipengerusikan oleh Cikgu Rahim (Pengerusi tetap caw). 2 wakil bahagian telah menghadiri mesyuarat tersebut. Sebelum memulakan sedikit kekecohan telah berlaku diantara wakil pemuda caw dengan wakil dari bahagian. Masalah berikut timbul kerana wakil bahagian masih tidak berpuas hati dengan cawangan Sg Nibong Besar kerana masalah-masalah pada pemilihan yang lalu. Wakil Pemuda caw dengan lantang menyuarakan bahawa kita harus memperjuangan parti dan melupakan episod lama semasa kempen pemilihan lalu. Setelah menerima penerangan dari pihak Pemangku Ketua cawangan, keadaan menjadi reda dan mesyuarat dijalankan..Semasa mesyuarat seorang ahli menyalahkan pentadbiran pemuda menjadi punca caw tidak aktif.. dalam isu tersebut berlaku 'pertikaman lidah' diantara En Rosli dengan Mohd Nizam(wakil pemuda) bagi isu2 semasa di cawangan. En Rosli masih tidak menerima kekalahan beliau pada pemilihan lalu.Selepas membuat penerangan dan perancangan pemuda pada masa depan kepada semua ahli2 caw keadaan kembali reda. Mesyuarat ditangguh pada jam 4.45 ptg..

seLamat Pengatin Baru...


24 mei 2009- Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada Naib Ketua Pemuda Umno caw Sg Nibong Besar Mohd Khir B abd Jalil yang telah diijab kabulkan petang tadi selepas solat zohor Di Masjid Sg Nibong Besar. majlis turut dihadiri oleh semua ahli keluarga dan warga pemuda umno caw. Khir dengan sekali lafaz telah sah menjadi suami kepada cik mieza yang juga diakad nikah oleh Ayah kepada cik mieza, En Dilme atau dikenali sebagai pak mie. Majlis kenduri akan diadakan pada 31hb Mei 2009 dirumah pengantin lelaki di Kg Sg Nibong Besar. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Mohd Khir

.

Wednesday, May 20, 2009

Weekend picnIc day's


pada 16 dan 17hb mei 2009 Pemuda dan Belia cawangan Sg Nibong Besar telah mengadakan Weekend PicNic di Pantai Batu Feringgi(Bayu Senja). Yuran Rm 20 dikenakan setiap seorang utuk majlis tersebut.. kami menyewa 2 buah chalet di antai tersebut. pelbagai aktiviti diadakan antaranya seperti BBq, Bola Sepak Pantai, dan aktiviti sukan air. Kami juga turut membuat sambutan hari jadi 3 ahli yg menyambut hari jadi pada bulan ini.

Saya berharap agar ahli2 dapat memberi idea untuk memperbanyakkan aktiviti2 pada masa yang akan datang...

Saturday, May 2, 2009

hidup NormAn..!!!! Ketua PeMuda UmnO pulau Pinang


Seluruh ahli keluarga Pergerakan Pemuda UMNO Caw Sg Nibong Besar mengucapkan setinggi-tinggi tahniah terhadap Saudara Norman Zahalan(Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bayan Baru) kerana diberi kepercayaan menerajui Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang.Kami berjanji akan memberi sepenuh sokongan terhadap kepimpinan Saudara dan Kesetiaan yang tak berbelah bagi demi untuk memperjuangkan Bangsa, Agama dan Tanahair. Selama beberapa penggal Sdr Norman memegang jawatan Ketua Pemuda bahagian beliau tidak pernah lupa pemuda-pemuda di cawangan Sg Nibong Besar. Ucapan tahniah juga daripada Ketua Pemuda Caw iaitu Sdr haris B Ahmad(Haris Motor) dan Sdr Mohd Nizam Nasir(Pengerusi Belia 4b Caw) dah ahli-2 menyokong kepimpinan Sdr Norman.

Thursday, April 30, 2009

Ujang kemalangan....


Pada 20hb april ahli gerakan belia 4b caw sg nibong besar, amafizal atau dikenali sebagai ujang telah mengalami kemalangan dipersimpangan batu maung pada jam 2.00 ptg. Kejadian berlaku sewaktu beliau menjalankan tugas di Pusat Kargo kedua Batu Maung. Beliau juga adalah abang kepada Mohd Khir Abd Jalil(perwakilan Pemuda caw) dan Ariffin Abd Jalil(Bendahari Belia 4b caw) . beliau mengalami kecederaan patah tulang rusuk disebelah kanan dan dirawat di Hospital Besar Pulau Pinang. Beliau telah pulang ke rumah beberapa hari lepas untuk menjalani rawatan tradisional dirumah. Bendahari belia 4b caw Sdr Ariffin mengucapkan ribuan terima kasih, kepada ahli2 pemuda dan belia 4b yang melawat saudara ujang di rumah mahupun di hospital

Friday, April 10, 2009

Pemuda/ BeLia Sg Nibong Besar di Kejohanan Endurocross Batu Kawan 2009







Pada 4 april 2009 telah berlansung Kejohanan Endurocross di Litar Motocross Batu Kawan, Seberang Perai Selatan, Pemuda dan Belia Caw Sg Nibong Besar telah mengambil bahagian dalam ketegori Novice, Enduro, dan Expert, Pasukan Pemuda dan Belia Sg Nibong Besar diterajui oleh Ketua Pemuda Umno Sg Nibong Besar iaitu Sdr Haris B Ahmad yang menyertai ketegori Novice. Sdr Haris juga adalah seorang bekas pelumba cub prix dan telah melahirkan ramai pelumba diarena cub prix dan juga motocross di peringkat kebangsaan. Beliau juga mempunyai bengkel Motosikal yang terletak di Sg Nibong Besar, Bayan Baru. Dalam perlumbaan itu Pasukan ini mendapat tempat ke-2 dalam ketegori Novice.

Friday, April 3, 2009

TERIMA KASIH PAK LAH..'KAMI SAYANG PAK LAH'


Hari ini sekali lagi sejarah negara tercatat apabila Perdana Menteri kelima, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatan nombor satu negara dan diambil alih oleh timbalannya Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.
Difahamkan istiadat mengangkat sumpah jawatan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri diadakan pada 10 pagi ini di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Sebelum ini, Datuk Seri Abdullah telah melepaskan jawatannya sebagai Presiden UMNO pada hari terakhir persidangan Perhimpunan Agungnya, Sabtu lalu dengan disaksikan oleh ribuan perwakilan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra disamping ditonton secara langsung dalam siaran media elektronik.
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dilahirkan pada 26 November 1939 di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Beliau yang merupakan anak sulung daripada empat beradik ini adalah anak kepada pasangan Haji Ahmad Haji Abdullah Fahim (lebih dikenali sebagai Ahmad Badawi) dan Datuk Khailan Hassan.
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mendirikan rumahtangga dengan Datin Seri Endon Mahmood pada 4 September 1965 ketika beliau berkhidmat di Jabatan Perkhidmatan Awam. Datin Seri Endon merupakan anak sulung kembar yang dilahirkan pada 24 Disember 1940.
Hasil perkongsian hidup pasangan ini, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Kamaluddin dan Nori.Datin Seri Endon telah kembali ke rahmatullah pada 20 Oktober 2005 akibat kanser payu dara.
Seterusnya, Datuk Seri Abdullah mengahwini Datin Seri Jeanne Abdullah pada 9 Jun 2007 setelah hampir dua tahun hidup bersendirian.
Datuk Seri Abdullah telah dilantik menjadi Perdana Menteri kelima pada 31 Oktober 2003. Upacara mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri diadakan di Istana Negara dengan disaksikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail melalui penyerahan kuasa.
Beliau menggantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mana telah mentadbir negara selama 22 tahun lamanya. Apabila Tun Dr. Mahathir bersara pada bulan Oktober 2003, impak pentadbirannya amat besar ke atas landskap politik, ekonomi, pembangunan, infrastruktur, dasar luar dan minda masyarakat Malaysia.
Peralihan kepimpinan dalam kerajaan dan parti itu berjalan lancar dengan Abdullah sebagai Perdana Menteri kelima menjanjikan pentadbiran yang ‘tegas, adil dan saksama’.
Datuk Seri Abdullah memiliki ciri-ciri yang membolehkan beliau memikul tanggungjawab sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kelima di mana warisan kepimpinan memerlukan seorang pemimpin yang berwibawa untuk menerajui negara. Antara aspek penting dalam menentukan kepimpinan dan warisan kepimpinan adalah untuk memastikan bahawa pilihan tersebut mampu untuk mengabdikan diri kepada semua rakyat Malaysia.
Pengalamannya memimpin Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung dan Setiausaha MAGERAN akan menjadi titik-tolak kepada dasar beliau dalam mempertahankan ketuanan orang Melayu di negara ini yang juga akan bersifat agenda nasional.
Latar belakang Datuk Seri Abdullah juga penting untuk masa depan orang Melayu kerana sudah pasti beliau mahu memperisaikan diri orang Melayu degan kekuatan moral sebagai persediaan dunia akhirat.
Keseimbangan pasti ditekankan supaya orang Melayu tidak alpa dalam arus kemodenan kerana semata-mata mengutamakan keuntungan material, nilai keagamaan dan kepercayaan perlu dipinggirkan.
Dalam tempoh lima tahun beliau menjadi Perdana Menteri, UMNO dan BN telah melalui berbagai-bagai peristiwa dari sebaik-baik pengalaman kepada sesuatu yang tidak pernah diduga berlaku.Namun beliau tetap cekal mengemudi barisan perwira negara menentang badai.
Konsep Islam Hadhari akan menjadi benteng dan corak kepimpinannya kerana apa sahaja yang yang dilakukan adalah untuk pembangunan Islam dan umatnya tanpa ada perpecahan di kalangan mereka. Malahan dalam ucapan sulung sebagai Presiden UMNO yang keenam dalam Perhimpunan Agung UMNO 2004, beliau meletakkan Islam Hadhari sebagai agenda untuk menempatkan bangsa Malaysia di arena yang cemerlang.
Datuk Seri Abdullah sering mengingatkan pelbagai lapisan masyarakat bahawa beliau bukan sahaja Presiden UMNO tetapi juga merupakan Perdana Menteri Malaysia dan akan memastikan hak semua warga negara ini terpelihara.
Ini kerana pembangunan perlu diimbangi dengan pembentukan perpaduan antara kaum supaya kestabilan politik tidak tergugat. Beliau memastikan bahawa apa jua keputusan yang bakal dibuat oleh beliau mendapat sokongan sepenuhnya daripada pemimpin pelbagai masyarakat supaya kepimpinan beliau berjalan licin tanpa ada cacat-celanya.
Datuk Seri Abdullah memulakan kepimpinannya dengan moto ‘Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.’ Komitmen beliau amat tinggi untuk melahirkan pentadbiran yang jujur, efisien, Islamik dan peka kepada nasib penduduk luar bandar dan wilayah-wilayah yang tidak begitu mendapat perhatian selama ini.
Slogan pertamanya “bekerja bersama-sama saya bukan untuk saya” telah memperlihatkan beliau mula merintis jalannya tersendiri dalam penampilannya sebagai Perdana Menteri.
Jelas sekali falsafah kepimpinan beliau menganggap rakyat, pegawai kerajaan, pemimpin masyarakat dan pemimpin politik, sebagai rakan untuk menjayakan cita-cita bangsa. Beliau tidak mahu mereka bekerja untuk beliau semata-mata. Beliau mahu setiap golongan rakyat bangun bekerja bersama-sama beliau untuk membangunkan negara.
Tekadnya memerangi gejala rasuah dan menjauhi rasuah merupakan permulaan pimpinannya yang sangat terpuji. Malah, pada “Hari Kualiti Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri” beliau telah berikrar sebagai seorang Islam untuk tidak melibatkan diri dalam rasuah.
Beliau juga meminta pegawai-pegawai kerajaan tidak menerima rasuah dalam usaha menghapuskan gejala jijik ini. rasuah juga diisytiharkan sebagai musuh nombor satu di bawah kepimpinannya.
Elemen-elemen pentadbiran awam yang efektif, dasar luar secara berdialog, mementingkan sumber manusia daripada pembangunan fizikal semata-mata, memberi keutamaan ke atas sektor pertanian dan integrasi nasional adalah satu langkah yang sangat bijak dilakukan oleh Perdana Menteri kelima ini dalam memastikan rakyat mendapat kebaikan bersama.
Ini juga merupakan gagasan yang akan menjadi kekuatan kepimpinan Datuk Seri Abdullah untuk jangka masa panjang mentadbir negara.

Sunday, March 29, 2009

'Round Penang IsLand' part 2











Setelah balik dari penamaan calon di Bukit Selambau pada pagi 29 mac 2009, Pergerakan Pemuda Umno Caw Sg Nibong bersama-sama Gerakan Belia Sg Nibong Besar mengadakan aktiviti 'Round Penang Island' pada sebelah petang hari tersebut, Konvoi disertai oleh ahli-ahli cawangan tersebut seramai 35 buah motosikal. Konvoi berkumpul diperkarangan Caltex Sg Nibong Besar pada jam 5.00petang. Konvoi bermula melalui jalan Sultan Azlan Shah menghala Bayan Lepas-Teluk Kumbar-Balik Pulau-Teluk Bahang-Batu Feringgi-Tg tokong-Tanjong.Selepas konvoi kami bersama-sama ahli menjamu selera di Restoran Tom Yam Highway Pantai Jerjak. Terima kasih kepada jawatan kuasa cawangan yang menjayakan program tersebut walaupun penat ke majlis penamaan calon masih terasa pada ketika itu AJK program(haidir,omar,saparin, pak tam, emi, haslam,)

Penamaan Calon N25 Bukit Selambau











Pada 29 mac 2009 Rombongan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Bayan baru yang diketuai Sdr Norman b Zahalan telah bersama-sama dengan pemimpin-peminpin Barisan Nasional telah menyertai perhimpunan di hari penamaan calon DUN Bukit Selambau bertempat diSekolah Teknik Sg Petani. Rombongan berhimpun di perkarangan Hotel Seri Malaysia Bayan Baru pada jam 6.45pagi dan bertolak ke Tempat penamaan calon pada jam 7.00pagi. Rombongan tiba ada jam 8.30pagi bagi menyokong calon Barisan Nasional N25 bukit selambau, Kedah Darul Aman. Di Bukit Selambau, calon BN Datuk S Ganesan (MIC) dan PKR S Manikumar dihimpit 13 calon bebas yang telah menyerahkan borang pencalonan.Calon-calon bebas: L Sarala, T Chandrarajan, R Loganathan, A Jayagopal, S Moganakumar, Vaneson Michael, Tan Hock Huat, Mohd Fazil Abdul Wahab, Anuar Abdul Hamid, Husaini Yaacob, Abdul Rahim Abu, Radzi Md Lazim dan Khamis Awang.Kerusi DUN ini kosong susulan peletakan jawatan wakil rakyat PKR V Arumugam, yang juga exco kerajaan Kedah. Arumugam asalnya menang atas tiket bebas tetapi kemudian memilih parti itu sebelum dilantik menyertai majlis mesyuarat kerajaan negeri.Tempoh penyerahan borang selama sejam tamat jam 10 pagi dan tempoh bantahan tamat sejam kemudian.Tiada bantahan dibuat di pusat penamaan calon Bukit Selambau di Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani - menjadikan 15 calon semuanya cuba memenangi hati lebih 35,000 pengundi DUN tersebut.Terima Kasih kepada semua pemuda-pemuda cawangan yang telah menghantar wakil-wakil ke majlis tersebut..